Tentang Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek telah didirikan pada tahun 1962. Sebelum sekolah ini dikenali sebagai SAMSES, pada mulanya ia adalah satu peringkat pendidikan yang diberi nama Darjah Khas (Tahun 1) . Sukatan pelajaran ketika itu berteraskan agama dan darjah khas ditubuhkan, wujud pula Sekolah Agama Menengah Rendah (SAMR) pada tahun 1973 yang mana pelajaran akademik turut dimasukkan. Pengasasnya ialah Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Gani.Pada tahun 1977 darjah khas telah dihapuskan dan SAMR telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan masyarakat. SAMR bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja, kemudian para pelajar akan menyambungkan pelajaran ke sekolah lain. Pada masa itu dalam tahun 1963 hanya terdapat satu bangunan sahaja. Satu bangunan lagi ditambah (di bahagian atas) pada tahun 1974 yang menelan belanja RM50,000 . Ia telah diusahakan oleh kementerian pembangunan luar Bandar dan kebajikan masyarakat. Tapak pembinaan sekolah ini dikongsi bersama dengan tapak masjid.

Keadaan bangunan pada masa itu hanyalah berdindingkan separuh papan kayu dan separuh jaring dawai dan hanya berbumbungkan zink. Antara kemudahan yang ada ketika itu kerusi, meja dan papan hitam yang telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.Pada masa yang sama juga SAMR telah berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Agama Sungai Selisek (SRASS). SAMR pada sesi pagi dan pada sesi petang ialah SRASS.

Pada tahun 1977, JAIS telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan tiga tahun berikutnya kerajaan dan JAIS telah membeli tanah untuk membina sebuah lagi bangunan sekolah dan sebuah bangunan asrama. Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah menelan belanja sebanyak RM400,000. Kos pembinaan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Mohammad Bin Mohammad Taib. Sumbangan tersebut adalah daripada Syarikat BP.

Pada tahun 1980-an beberapa kemudahan telah disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kerajaan tetapi agak terhad. Seterusnya pada tahun 1984 SAMR telah ditutup beberapa tahun kerana semua pelajar berpindah ke sekolah baru JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu bagi memenuhkan pelajar sekolah tersebut. Selepas sekolah itu mendapat sambutan yang cukup baik daripada orang ramai dan masyarakat setempat, SAMR kembali dibuka sehingga sekarang.

Pembinaan sekolah ini adalah usaha gigih daripada jawatankuasa sekolah dengan mendapat sumbangan dan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tan Sri sendiri. Pada tahun 1993 sebuah lagi bangunan tiga tingkat baru dibina bersebelahan asrama putera dan serentak dengan itu, status SAMR telah dinaiktarafkan sebagai Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek (SAMSES) yang mempunyai pelajar tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 2006, SAMSES telah diberi bantuan penuh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seterusnya gelaran sekolah tersebut dipanggil sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) .


Satu Respons to “Tentang Sekolah”

  1. visi,misi sekolah mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: